Pembangunan Lestari Bebas Pencemaran

June 2010

Article from Goverment terengganu by Esah Abdullah


Pembangunan lestari mesti diamalkan bukan sahaja di peringkat rantauan tetapi secara global bagi mewujudkan suatu persekitaran yang bebas daripada pencemaran alam semulajadi.


"Pengurusan aset lestari mencerminkan pembangunan yang mengambil kira kebanyakan komponen berkaitan enam misi membina hijau," kata Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mokhtar Nong, ketika merasmikan kempen Misi Membina Hijau anjuran Puspanita Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (31 Mei).

Turut hadir, Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin; Pengerusi Puspanita Terengganu, Toh Puan Rahmah Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Alam Bina Lestari merangkap Juru Perunding Misi Membina Jabatan Kerja Raya (JKR), Dato' Arkitek Puteh Kamariah Mohamad.


"Antara komponen misi tersebut termasuklah kemampanan tapak melalui keseimbangan pembangunan alam bina dengan pemeliharaan alam sekitar dan aspek kedua adalah kecekapan tenaga,".


"Kita telah pun melaksanakan pelbagai program untuk memperkenal dan membangun pelbagai produk dan teknologi untuk mengurangkan pembaziran tenaga," katanya.


Perlaksanaan 'Misi Membina Hijau' katanya, dapat mengimbangkan antara aktiviti pembangunan alam bina dan alam semula jadi dan boleh dicapai melalui kerjasama erat dan komitmen di antara semua pemegang saham (stakerholders) dalam industri pembinaan dan semua pengguna, penghuni dan pemilik aset untuk menjayakan pembangunan yang lestari.


Sehubungan itu, pelbagai aktiviti manusia masa kini telah melibatkan kesan nagetif terhadap alam sekitar seperti pencemaran alam, pembaziran dan kehausan sumber alam dari permukaan bumi.